Muzikal Lawak Superstar Minggu Ke-5: Tema Lokasi Aktivi Sukan, Persembahan Jozon Bikin Sebak & Sambutan Hari Lahir Pak Nil Meriah!
Minggu ke-5
Muzikal Lawak Superstar 2025 (MLS)
berlangsung dengan penuh warna-warni dan kejutan! Bertemakan
“Lokasi Aktiviti Sukan”,
pentas kali ini bukan sekadar penuh lawak mencuit hati, malah turut
menyaksikan momen-momen menyentuh hati dan menggembirakan penonton.
Kejutan Pembukaan Dari Dato’ AC & Sambutan Hari Lahir Pak Nil
Malam MLS dimulakan dengan
kejutan istimewa oleh Dato’ AC Mizal, yang mencuri perhatian dengan kemunculan penuh energi dan gaya tersendiri
sebagai pembuka tirai minggu ini.
Lebih mengujakan, suasana bertambah meriah apabila seluruh dewan meraikan ulang tahun kelahiran Datuk Aznil Haji Nawawi (Pak Nil). Semua peserta, juri dan penonton berdiri bersama-sama menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” untuk Pak Nil — menjadikan malam ini antara episod paling hangat dan bermakna musim ini.
Senarai Markah Setiap Kumpulan di Minggu 5
| Kedudukan | Kumpulan | Peratusan Markah |
|---|---|---|
| 1 | NANAS | 80.69% |
| 2 | KIMBAB | 79.48% |
| 3 | RODA | 72.52% |
| 4 | PUTEH | 71.73% |
| 5 | LOMPAT | 64.12% |
| 6 | BAHYIM | 61.80% |
| 7 | GENZI | 53.08% |
| 8 | JOZON | 50.57% |
Keputusan minggu ini memperlihatkan saingan sengit antara kumpulan lawak, dengan Nanas terus mendahului carta melalui persembahan mantap dan konsisten yang berjaya mengekalkan markah tertinggi sebanyak 80.69%.
Kimbab tidak jauh ketinggalan dengan 79.48%, menunjukkan peningkatan dari minggu sebelumnya dan semakin menjadi pencabar utama.
Di tempat ketiga dan keempat, Roda serta Puteh juga menampilkan lawak tersusun dan berkesan walaupun sedikit menurun dari segi impak pentas.
Sementara itu, Lompat dan Bahyim kekal di pertengahan dengan markah sederhana, manakala Genzi dan Jozon berada di dua kedudukan terakhir, namun masih menunjukkan potensi besar jika dapat memperkemas jalan cerita dan timing komedi pada minggu akan datang.
Nanas, Roda & Puteh Paling Menyerlah!
Dalam tema “Lokasi Aktiviti Sukan”, tiga kumpulan yang paling
menyerlah malam ini ialah
Nanas, Roda dan Puteh.
Setiap kumpulan tampil dengan idea segar dan lawak spontan yang membuat
penonton ketawa tidak berhenti.
Kreativiti mereka menjadikan suasana malam MLS kali ini seperti pesta
hiburan yang penuh energi!
Jozon Hanya Berdua, Persembahan Paling Emosional Musim Ini
Sementara itu,
kumpulan Jozon berdepan
cabaran besar apabila hanya tampil
berdua selepas
Norreen dikuarantin kerana demam influenza. Walaupun kekurangan ahli, mereka tetap tampil dengan
persembahan paling menyentuh hati malam itu.
Zul Huzaimy, salah seorang ahli Jozon, menyanyikan lagu istimewa dedikasi buat ibunya yang baru meninggal dunia, membuatkan seluruh dewan terdiam dan sebak. Persembahan penuh emosi itu meninggalkan kesan mendalam di hati penonton dan juri.
Gempak Superstar of The Week: Nanas!
Tahniah kepada
kumpulan Nanas yang
diumumkan sebagai
Gempak Superstar of The Week! Persembahan mereka yang kreatif dan konsisten menjadikan Nanas terus
kekal sebagai antara pesaing utama menuju ke pentas akhir.
5 Kumpulan Terendah & Kejutan Kotak Imuniti
Lima kumpulan terendah minggu ini ialah
GenZi, Lompat, Bahyim, Jozon dan Puteh.
Jozon diumumkan berada di tangga terakhir dan sepatutnya
tersingkir, namun juri membuat kejutan dengan
menggunakan Kotak Imuniti
untuk
menyelamatkan mereka ke
minggu suku akhir!
Undi Lokasi Sketsa Suku Akhir!
Menariknya, lokasi persembahan minggu suku akhir akan
ditentukan oleh undian penonton!
Tiga pilihan lokasi yang boleh diundi ialah:
1️⃣ Tempat Bersalji
2️⃣ Padang Pasir
3️⃣ Atas Cruise
Undian dibuka mulai
Isnin hingga Rabu minggu depan, dan anda boleh mengundi melalui laman rasmi 👉
https://gempak.com/muzikallawaksuperstar
Menuju Suku Akhir – Gelak, Air Mata & Semangat Superstar!
Minggu ke-5 MLS benar-benar menggambarkan kepelbagaian emosi — dari
tawa, air mata hingga kejutan tidak dijangka. Dengan lokasi suku akhir bakal
ditentukan oleh peminat, pastinya minggu depan akan lebih sengit dan
menarik!
Siapakah yang akan mara ke final dan siapakah yang bakal tersingkir?
Sama-sama kita nantikan!














