Nantikan drama baharu Saat Aku Tahu (The Moment I Knew), sebuah drama psikologi romantik yang memadukan kisah cinta, pengkhianatan, dan dendam. Drama ini diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. di bawah arahan Riza Baharudin, menampilkan pelakon utama Anna Jobling, Ummi Nazeera, dan Hisyam Hamid.
Saat Aku Tahu boleh distrim di Viu bermula 6 November 2025, dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat. Tonton di telefon pintar atau TV pintar dengan memuat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery, atau layari www.viu.com
Sinopsis Drama Saat Aku Tahu
Mengisahkan Ameena (Anna Jobling), seorang isteri setia yang dunia bahagianya runtuh apabila mengetahui suaminya, Zarif (Hisyam Hamid), mengkhianatinya dengan sahabat baiknya sendiri, Maira (Ummi Nazeera).
Pengkhianatan itu mengubah Ameena menjadi wanita dingin dan bertekad membalas dendam. Namun, apabila Maira enggan mengalah, konflik mereka berkembang menjadi perang psikologi yang mendebarkan, penuh tipu muslihat dan manipulasi, siap menghancurkan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka.
Drama ini menjanjikan ketegangan, intrik, dan emosi yang mendalam — di mana cinta, dendam, dan pengkhianatan bertembung dalam permainan psikologi yang berbahaya.
Info Drama
- Episod: 15
- Tarikh Tayangan: 6 November 2025
- Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12 tengah hari
- Platform Penstriman: Viu
- Idea Asal: Adila Ramly & Liza Nur
- Penulis Skrip: Liza Nur
- Pengarah: Riza Baharudin
- Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon
- Anna Jobling sebagai Ameena
- Ummi Nazeera sebagai Maira
- Hisyam Hamid sebagai Zarif
- Luqman Hafidz sebagai Harris
- Eizlan Yusof sebagai Zaidi
- Quinneyra Alyssha sebagai Airis
- Haeriyanto Hassan sebagai Isyam
- Nik Rifaie sebagai Chaen
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Kemaafan Dendam Yang TerindahPenyanyi: Ara Johari
Lirik: Roslan Ariffin & Habsah Hassan
Video Muzik
Kenapa Perlu Tonton
FAQ: Drama Saat Aku Tahu (The Moment I Knew)
-
Apa genre drama ini?
Drama psikologi romantik yang menggabungkan elemen cinta, pengkhianatan, dan dendam. -
Siapa penerbit dan pengarah?
Diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Riza Baharudin. -
Siapa pelakon utama?
Anna Jobling, Ummi Nazeera, dan Hisyam Hamid. -
Bila tarikh tayangan?
Bermula 6 November 2025, episod baharu setiap Khamis dan Jumaat. -
Di mana boleh distrim?
Di platform Viu. Muat turun aplikasi melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery, TV Pintar, atau layari www.viu.com -
Kenapa wajib tonton?
Menawarkan kisah cinta bertukar dendam, perang psikologi, dan plot twist yang tak dijangka, sesuai untuk penonton yang suka drama penuh ketegangan dan emosi.
